Tuesday 6 December 2011

Jaga tepi kain, bukan suruh selak kain


Mohd Sabri Said   
PENANTI, 5 Dis: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menegaskan, 
Islam melarang sama sekali
umatnya menyelak kain saudaranya sendiri sehingga 
boleh menjatuhkan maruah dan meruntuhkan tali persaudaraan.
Sebaliknya, kata beliau Islam hanya mengajar umatnya menjaga ‘tepi kain’
saudaranya sendiri sebagai teguran sekiranya 
ada saudaranya yang terbabas terutama membabitkan akidah.
Katanya, kelakuan menyelak kain atau menabur fitnah yang berterusan
kepada saudaranya bukan kerja Islam sebaliknya 
kerja syaitan yang inginkan perhubungan antara umat Islam lebur 
sekaligus memutuskan pertalian.
"Perbuatan menjagai tepi kain orang memang digalakkan 
dalam Islam kerana sikap tersebut boleh memperbetulkan semula 
sekira saudaranya terbabas,  tetapi bukan sampai menyelak kain 
sehingga terburai semua yang selama ini orang tidak tahu," 
jelasnya ketika berucap dalam forum Perdana sempena Maal Hijrah 
anjuran Pejabat Exco Agama Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEIPP), 
Briged Keselamatan Permatang Pauh dengan kerjasama 
Pusat Khidmat Dun Penanti di Kampung Terus semalam.
Bagi beliau jika benar saudara seislam melakukan kesalahan, 
maka perlu menegur, menasihati dan mendekatinya agar 
tidak meneruskan tradisi fitnah sehingga boleh 
menjejaskan persaudaraan yang terjalin.
Hari ini soalnya, kenapa perasaan menjagai tepi kain orang 
tidak lagi popular tetapi perbuatan menyelak kain orang sampai terburai 
semua perbuatan yang selama ini tidak diketahui ramai menjadi pilihan.
Turut menjadi ahli panel pada forum bertajuk 'Demi Ummah... Ada Aku Kisah' 
ialah pendakwah bebas, Ustaz Mohd Hussain Yee 
dan peguam syariah, Rosidi Hussain yang dipengerusikan oleh 
Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...