Friday 18 November 2011

Tabung Serambi Mekah terima derma RM5 juta


Rizal Tahir   











KOTA BHARU, 17 Nov: Tabung Amanah Serambi Mekah mencipta
sejarah baru sejak penubuhannya hampir 21 tahun lalu
 apabila menerima sumbangan derma peribadi sebanyak RM5 juta.
Dengan sumbangan tersebut, tabung berkenaan berjaya
mengutip sebanyak RM6 juta bermula Januari tahun ini.
Bagaimanapun seorang penderma luar Kelantan itu
tidak ingin dikenali identitinya disebut ‘hamba Allah’ 
pada majlis kutipan derma akaun Amanah Kebajikan (Tabung Serambi Mekah)
ke-21 di sini tengah hari tadi.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Aziz
ketika ditemui tidak menafikan ianya sejarah tersendiri bagi 
Tabung Serambi Mekah dengan sumbangan derma peribadi
yang tertinggi sejak ianya ditubuhkan 21 tahun lalu.
“Perkembangan ini berlaku kerana kesedaran ajaran Islam
 yang murni menerapkan rasa tanggungjawab 
dan keinsafan terhadap penderma.
“Hasil didikan golongan alim ulama dan sebagainya berhubung 
tanggungjawab sebagai umat Islam, 
mereka akan menunaikan tanggungjawab itu,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada 
dermawan tersebut serta penderma lain termasuk
agensi-agensi kerajaan, swasta dan sebagainya kerana sudi menderma.
Katanya, dengan sumbangan tersebut ianya dapat membantu
mangsa-mangsa ribut, kebakaran, 
banjir dan bencana alam lain.
Beliau berharap ianya menjadi suntikan motivasi kepada 
masyarakat untuk turut menunaikan tanggungjawab itu.
Antara agensi kerajaan negeri yang menderma,
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) 
sejumlah RM405,000, PMBK (RM100,000) dan lain-lain.
Turut menyumbang syarikat-syarikat swasta,
pejabat tanah jajahan dan majlis daerah seluruh Kelantan
di samping sumbangan individu.
Turut berucap pada majlis itu anggota Exco kerajaan negeri
yang mewakili Timbalan Menteri Besar, Dr Muhammad Fadzli Hassan.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...