Monday 9 January 2012

Amanah paling besar daulat syariat Allah

Khairul Azlam Mohamad,07 January 2012


















HULU TERENGGANU, 7 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam bahawa amanah yang paling besar adalah menunaikan perintah Allah SWT dengan mendaulatkan syariat-Nya.

Katanya, perintah tersebut pernah dilaksanakan di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) melalui undang-undang Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk.
(Gambar: Tuan Guru Abdul Hadi melancarkan buku Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk karangan Ustaz Abu Bakar Abdullah.)

“Kita sedang menyambut 100 tahun Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk yang bermaksud ketekunan dan ketelitian Raja-raja bagi mengadilkan perangai dan akhlak, adalah Undang-undang Diri bagi negeri Terengganu yang digubal dan diluluskan pada tahun 1911.

Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk dan Batu Bersurat adalah menunaikan amanah dan yang terbesar dalam menunaikan amanah itu ialah menunaikan perintah Allah Ta’ala. Bagi mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah SWT, yang ditunaikan oleh nabi-nabi dan rasul,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perasmian Sambutan 100 Tahun  Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk di Kampung Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu, malam tadi.

Turut berucap adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

“Ini (Islam) bukan main-main. Para pendakwah Islam yang datang ke alam Melayu bukan Islam sekadar mengucap dua kalimah syahadah, bukan Islam yang didaftarkan di Pejabat Agama, bukan sekadar Islam baka dan keturunan. Islam yang dibawa ke alam Melayu adalah Islam orang, Islam negara dan kerajaan.

“Maka, hukum Islam diamalkan. Di atas ‘Batu Bersurat’ dicatit undang-undang jenayah, undang-undang hudud, undang-undang muamalat yang disebut dalam al-Quran dan Hadis SAW. Diamalkan di Melaka dan di negeri-negeri Islam di alam Melayu ini,” jelasnya di hadapan hampir 10,000 hadirin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, ‘hilangnya’ amanah tersebut setelah kedatangan penjajah menakluk negeri-negeri orang Islam.

Waktu itu, katanya penjajah barat datang dan menakluk negeri dengan kelemahan orang Islam sendiri di seluruh dunia.

“Mereka lagakan orang Islam dan pecahkan orang Islam, pecahkan bangsa-bangsa orang Islam dan mereka berjaya menakluk dan menjajah negara orang Islam. Sejak itulah Islam tidak berdaulat dan berkuasa lagi,” ujarnya.

Sempena majlis tersebut, Presiden PAS turut melancarkan buku Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk karangan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah.

1 comment:

  1. can you answer my questions..? i re-word the questions so that it will be more flow..

    1. nape hassan ali dipecat. nape TGNA kata hassan ali xsenonoh? nape TGHH kata hassan ali merugikan pakatan rakyat? (bukannya merugikan islam or pas?)nape ikut kata DAP dan PKR? agaknya xlama lg ustaz nasha pon dipecat sbb die golongan porfessional?

    2. nape pas memiliki kerusi terendah dlm PRU13 dalam pakatan rakyat? tempat2 nya pon mcm kelantan and kedah. tempat2 lain pas xbyk bertanding? mcm mana nak menang? islam itu memimpin bukan dipimpin kan, nape plg sedikit sekali kerusi yg pas amik? mcm mana nak menang?

    3. orang kata pas bekerjasama dgn DAP dan PKR sbb nak jatuhkan BN skrg ni.. xkesahla macam mana cara asalkan BN jatuh walopon terpaksa bekerjasama dgn org kafir (cina)?

    4. dasar pas sllu berubah2. betul ke? dlu kata jgn jadikan org kafir ketua. tp skrg da bertahaluf siyasi. kite tau skrg ni plg byk (berkuasa) dalam pakatan rakyat is DAP, so ibaratnya org cina la ketua? pas hanya kerdil sekali dalam pakatan rakyat? mcm mana islam nak menang?

    5. nape ubah negara islam kepada negara berkebajikan? itukan atas usul dari DAP? walopon org pas tau negara islam tu sama dgn negara berkebajikan, tp org average spt yg lain xpaham. mereka paham pas dipermain2 kan oleh PKR and DAP. kalo negara berkebajikan, UMNO da lama da buat kan?

    6. semua org xde yang perfect. nak marah2 umno kata byk corruption, org pas pon byk jugak yg xsenonoh, yg menyokong pas atas dasar semangat. walopun org kata jgn lihat pd pemimpin, lihatlah pd dasar perjuangan, tp skrg dilihat pas spt merubah2 dasar perjuangan. apa yg pas pegang dr tahun 80an, 90an, 20an 21an berubah2.

    7.umno dah byk menggerakan malaysia ke arah negara membangaun dan maju. kite faham konsep pas yg negara membangun bukan sekadar membinan bangunan tetapi membangun spiritual dan rohaninya. tp xdpt dinafikan material itu perlu untuk judge negara itu maju atau x. kite lihat kelantan da berpuluh tahun diperintah pas, ape yg ada. miskin jugak? kalo nak memerintah, wujudkanlah pekerjaan pd rakyat, buat business,ini pergi ceramah2 byk tabung derma (walopun saya tau derma itu mengajak dan mendidik umat islam). mcm mana ni?

    8. adakah bila pas da menang nanti, pas tau memerintah negara? dgn kepimpinan ulama, adakah betul mereka reti memerintah? jgn dibandingkan dengan rasulullah dan khalifah2 dan para sahabat, mereka mmg org hebat. kite bercakap ttg org sekarang (ulama2 yg memimpin). sedangkan mereka hy tau berceramah, keputusan2 politik byk yg xkena di mata rakyat, adakah benar mereka ada strategi memimpin?

    9. kite tau kes hassan ali yg menegur DSAI dan isu org murtad, tp pas not favor dgn tindakan hassan ali. lalu mengatakan die xsenonoh etc. apakah explanation di sebalik semua ini? (blur...)

    10. kite mahu hak2 melayu dijaga. mmg benar islam itu adil dan sama rata. tp keistimewaan org melayu sbg indigenous population dekat tanah melayu ni wajar mendapat keistimewaan. lihat sahaja pd org cina, di mana negara mereka yg menguasai ekonomi (jika tiada yahudi). org cina suka menipu dan pilih kasih. kita xmahu menjadi spt singapore atau indonesia.. kenapa pas selalu menekankan konsep "sama rata","apa ada dgn bangsa, asalkan agama yg sama" etc.

    mungkin saya salah tulis semula atau tafsir soalan2 yg saya dengar dan dapat ini. sila tau bolehla jawab. saya mendengar soalan2 ini dr org sekeliling hingga susah nak deny.

    hope any1 can reply.
    tq.

    regards, fiza

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...