Saturday 15 October 2011


Daripada Abu Hurairah r.a.d. katanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah s.w.t. berfirman: “Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu didalam hatinya maka Aku mengingati dia didalam hatiKU, dan jika dian mengingatiKu dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat yang maksum dan suci daripada segala dosa). Apabila hambaKu mendekatiKu sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari”. {Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain}

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...