Aziz Muda |
GOMBAK, 12 Nov: Keindahan hukuman hudud pasti akan terserlah
jika seseorang pendakwah yang menerangkannya berkemampuan
menyampaikannya dengan betul kepada sesuatu pihak,
sejajar dengan keistimewaannya yang datangnya dari Allah.
Oleh itu, seseorang pendakwah perlu memainkan peranannya
dengan baik bagi membolehkan kesemua pihak dapat
memahami hukuman itu dengan betul
yang terkandung pelbagai hikmah di dalamnya.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata,
pendekatan terbaik yang perlui digunakan oleh s
eseorang pendakwah dalam menerangkan hukuman hudud
kepada orang ramai dengan mengambil contoh
yang telah ditunjukkan oleh Rasuilullah saw.
Menurutnya, suatu ketika, Rasulullah saw pernah
didatangi seorang pemuda yang meminta kebenaran
untuk berzina dan mengecualikannya dari hukuman hudud.
Katanya, meskipun tindakan pemuda itu agak keterlaluan,
tetapi Rasulullah saw tidak memarahinya,
sebaliknya dilayani dengan baik dengan pendekatan
yang cukup bijak bagi menyelesaikan masalah itu.
"Rasulullah bertanya kepada pemuda itu,
"Apakah kamu suka jika seseorang lelaki ingin berzina
dengan adik perempuan kamu?"
Lelaki itu menjawab, "Langkah mayat aku dulu."
"Kemudian Rasulullah bertanya lagi,
"Apakah kamu suka jika ada seseorang lelaki
ingin berzina dengan kakakmu?"
Dan kemudian ditanya, "Apakah kamu suka jika seseorang lelaki
ingin berzina dengan ibumu?"
Dan kemudian jika dengan saudara-saudara perempuanmu?" katanya.
Menjawab pertanyaan peserta selepas membentangkan
kertas kerjanya yang bertajuk "Hudud Satu Keperluan"
pada Multaqa Pendakwah PAS di KUIZM di Taman Melewar,
di sini, hari ini, beliau berkata, kesemua pertanyaan
Rasulullah itu dijawab oleh pemuda tersebut dengan tidak bersetuju.
"Malah jika seseorang lelaki itu ingin berbuat demikian
terhadap keluarganya, seseorang itu mestilah
melangkah mayatnya terlebih dahulu," jelasnya.
Pertanyaan Rasulullah itu, tambahnya,
segera menyedarkan lelaki tersebut bahawa perzinaan
adalah sesuatu yang amat hina dan mengundang
pelbagai kemusnahan terhadap diri, keluarga dan masyarakat
dan itulah sebabnya ia diharamkan oleh Allah.
Katanya, dengan itu, sebagai orang Islam
dan manusia yang bermoral, pemuda itu segera sedar
bahawa perbuatan itu juga mestilah dielakkan oleh belliau sendiri.
"Tindakan Rasulullah itu penuh dengan hikmah
dan ia turut menggambarkan berapa indahnya hukum hudud
yang diperintahkan oleh Allah untuk dilaksanakan
ke atas orang yang berzina kerana di dalamnya penuh
dengan hikmah pengajaran kepada seluruh manusia," katanya.
Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan
hukum hudud penuh dengan kekerasan,
tambahnya, jelas tidak berasas dan ia menunjukkan
kejahilan individu terbabit mengenainya.
Beliau merumuskan bahawa mereka yang tidak bersetuju
dengan perlaksanaan hukum hudud sebagai manusia
yang tidak bermoral yang sememangnya hidup bergelumang
dengan maksiat walaupun mengaku beragama Islam.
"Itulah sebabnya mereka tidak bersetuju
dengan hukum hudud kerana jika dilaksanakan
ditakuti akan dikenakan ke atas mereka sendiri," ujar beliau.
|
Sunday, 13 November 2011
Keindahan hudud bergantung kepada pendakwah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ya, hukum hudud itu yg seharusnye tertegak atas bumi Allah ini, kan. Cuma pendapat seseorang, dalam suatu keadaan contoh: dalam sebuah negara itu hukum/undang-undang adalah ikut Islam yg mana hukum hudud tertegak di atas negara itu, tetapi dari sudut ekonomi tidak ikut cara islam. Yang kaya akan semakin kaya dan yang miskin akan semakin miskin. Maka pada suatu hari, seseorang telah berjaya ditangkap sedang mencuri di dalam sebuah rumah dan akan dikenakan hukum hudud, maksudnye harus potong tangan. Tp sebenarnye, dia terpaksa buat mcm tue sbb dia dr golongn miskin yg ditindas, disebabkn sistem ekonomi negara itu bukan sistem islam. Jadi, menurut anda, apakah patut keadaan seperti itu?. Baik, dan kata seseorang kita kene faham punca masalah bukan simptom masalah. Simptom masalah kita, undang2 yg xbetul, media yg mengarut, remaja pkai seksi, pertandingan nyanyian...tp apa punca masalah sebenarnye? Semestinye, iman/akidah dlm diri seseorang...betul? Jd, fikir2 kan dan selamat beramal...=)
ReplyDelete