| Mohd Sabri Said |
PENANTI, 5 Dis: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menegaskan,
Islam melarang sama sekali
umatnya menyelak kain saudaranya sendiri sehingga
boleh menjatuhkan maruah dan meruntuhkan tali persaudaraan.
Sebaliknya, kata beliau Islam hanya mengajar umatnya menjaga ‘tepi kain’
saudaranya sendiri sebagai teguran sekiranya
ada saudaranya yang terbabas terutama membabitkan akidah.
Katanya, kelakuan menyelak kain atau menabur fitnah yang berterusan
kepada saudaranya bukan kerja Islam sebaliknya
kerja syaitan yang inginkan perhubungan antara umat Islam lebur
sekaligus memutuskan pertalian.
"Perbuatan menjagai tepi kain orang memang digalakkan
dalam Islam kerana sikap tersebut boleh memperbetulkan semula
sekira saudaranya terbabas, tetapi bukan sampai menyelak kain
sehingga terburai semua yang selama ini orang tidak tahu,"
jelasnya ketika berucap dalam forum Perdana sempena Maal Hijrah
anjuran Pejabat Exco Agama Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEIPP),
Briged Keselamatan Permatang Pauh dengan kerjasama
Pusat Khidmat Dun Penanti di Kampung Terus semalam.
Bagi beliau jika benar saudara seislam melakukan kesalahan,
maka perlu menegur, menasihati dan mendekatinya agar
tidak meneruskan tradisi fitnah sehingga boleh
menjejaskan persaudaraan yang terjalin.
Hari ini soalnya, kenapa perasaan menjagai tepi kain orang
tidak lagi popular tetapi perbuatan menyelak kain orang sampai terburai
semua perbuatan yang selama ini tidak diketahui ramai menjadi pilihan.
Turut menjadi ahli panel pada forum bertajuk 'Demi Ummah... Ada Aku Kisah'
ialah pendakwah bebas, Ustaz Mohd Hussain Yee
dan peguam syariah, Rosidi Hussain yang dipengerusikan oleh
Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan.
|
Tuesday, 6 December 2011
Jaga tepi kain, bukan suruh selak kain
Thursday, 1 December 2011
Ikhwanul Muslimun pertahan Artikel 2 Perlembagaan Mesir
Shamsul Ma'arif
Ismail
|
Perkembangan politik dan sosial yang
berlaku di bumi Mesir sangat mengujakan.
Setelah sekian lama Ikhwan diharamkan dan Regim Hosni Mubarak tidak meluluskan permohonan Ikhwanul Muslimun (IM) untuk menubuhkan sebuah parti politik telah berubah pasca revolusi. Kebebasan IM untuk bergerak dan kelulusan Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditubuhkan Ikhwan kini membantu mencorakkan suasana baru bagi umat Islam di Mesir. Bahkan kumpulan Salafi yang dulunya tidak mahu melibatkan diri dalam politik pun turut terlibat dalam unjuk rasa dan penglibatan politik demokrasi.
Ikhwan mewajibkan seluruh anggotanya
menjadi ahli kepada
parti baru mereka namun parti Kebebasan dan Keadilan adalah parti terbuka untuk semua rakyat Mesir walaupun beragama bukan Islam. Parti baru ini tidak dikawal melalui arahan IM Mesir secara terus namun semua pimpinan parti ini adalah daripada pimpinan utama Ikhwan dan menjayakan agenda Ikhwan dengan kuasa pentadbiran yang independan. Parti ini terus menjaga dan memelihara dasar-dasar Islam dan menyokong dasar Islam dalam perlembagaan Mesir seperti dalam article 2 ( Constitutional Declaration 2011) "Islam is the religion of the state, and the Arabic language is its official language. The principles of Islamic law are the chief source of legislation. "
Keperihatinan Ikhwan menyokong dan
mempertahankan dasar Islam
di dalam perlembagaan yang diproklamasikan oleh Majlis Tentera adalah bertepatan dengan dasar-dasar Islam yang diperjuangkan Ikhwan. Meskipun parti mereka Hizbu Hurriyah wal adalah adalah parti yang diasaskan mengikut kehendak perlembagaan yang melarang wujud parti basis agama dan bangsa, mereka tetap menjaga dan memelihara dasar dan perjuangan Ikhwan. Sudah tentu ini menggambarkan kebijaksanaan dan pemeliharaan prinsip teras yang wajar sentiasa dipelihara.
Setiausaha Agungnya Dr. Mohamed Saad
Katatni,
(Secretary-General of the Freedom and Justice Party (FJP) menjelaskannya kepada wartawan Al-Jazeera malam tadi. Pendirian bijak Ikhwan ini hendaklah menjadi input dan pengajaran kepada parti-parti baru yang ingin menubuhkan usaha politik di negeri masing-masing. Meskipun adanya anggota pengasasnya terdiri dari Coptic Kristian dan Wanita namun semua mereka telah menerima dasar-dasar Islam di dalam parti dan juga menjunjung Artikel 2 yang menjadikan Islam sebagai agama bagi negara dan bahasa arab sebagai bahasa resmi. Prinsip undang-undang Syariah adalah sumber utama Legislasi.
Gerakan Islam yang ingin mengambil
kesempatan ruang politik
janganlah sesekali menjual prinsip perjuangan mereka demi mendapatkan restu dan kuasa yang singkat. Rakyat bukanlah penentu kebenaran, namun Islam lah asas dan dasar yang harus dipertahankan sesuai dengan perjuangan Nabi-nabi dan rasul yang seringkali mendapat bantahan kaum mereka. Sikap mencairkan prinsip atas nama demokrasi dan kebebasan bukan hanya bertentang dengan prinsip akidah namun akan mengheret gerakan Islam ke kancah perpecahan ummah.
Ketika ditanya oleh wartawan Jazeera
apa bezanya
Parti Hurriyah wal Adalah @ FJP berbanding dengan Parti AKP di Turki, SU Agung Parti menjelaskan bahawa keadaan politik yang berperlembagaan sekular di Turki sejak dulu lagi adalah berbeza dengan Mesir yang menjadikan Islam sebagai agama negara. Sesungguhnya ini adalah jawapan yang sangat tepat. Waqik atau realiti Turky bukan menjadi asas pendekatan yang sama. Parti AKP yang cenderung kepada Islam bertindak dalam kerangka perlembagaan Turki yang sekular manakala Parti FJP (Parti IM) bergerak dalam kerangka perlembagaan Mesir yang menjadikan Islam agama negara sudah tentu punya ruang yang lebih luas dan Islamik.
Di Libya, Majlis Peralihan (NTC) juga
mengambil pendekatan ini.
Morocco yang baru menerima kemenangan Parti Keadilan dan Pembangunan mungkin akan mengambil pendekatan yang sama. Mereka yang menggunakan sistem propotional representation perlu bekerjasama dengan parti-parti lain yang memenangi pilihanraya baru-baru ini.
Ada maklumat mengatakan mereka akan
bekerjasama
dengan parti politik yang cenderung menyokong Raja Morocco yang telahpun mengurangkan sedikit kuasa mutlaknya kepada kuasa rakyat bagi mengelakkan kemarahan rakyat terhadap kezaliman raja-raja yang memerintah sebelum ini.
Perubahan lanskap politik Mesir telah
membuka peluang
kepada kumpulan Islam. Namun dalam masa yang sama juga membuka peluang kepada golongan liberal dan sosialis. Ianya juga membuka ruang kepada gerakan hak asasi manusia melalui pemuda-pemuda Mesir yang condong kepada Barat. Jesteru apapun yang telah berlaku memberi ruang yang luas kepada demokrasi yakni kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Peristiwa seorang gadis muda Mesir
yang mendedahkan
seluruh tubuhnya di dalam Face Book mendapat kecaman hebat dari seluruh rakyat Mesir yang masih mempertahankan jati diri masyarakat Timur. Walaupun begitu wanita-wanita Israel dengan bangganya menubuhkan fan group dan menyokong gadis Alia El-Mahdy ini sebagai tanda sokongan kepada sekularisasi dan liberalnya atas nama kebebasan mutlak individu.
Sejak kebangkitan rakyat yang
disokong oleh Majlis tentera
keadaan politik masih belum stabil. Setelah 10 bulan selepas tamatnya Regim Hosni Mubarak, seramai 50 juta pengundi akan memilih wakil mereka di parlimen. Dimaklumkan 50 buah parti terlibat dalam Pilihanraya pertama kali ini. Meskipun demikian Pilihanraya di Mesir semalam telah mendapat sokongan luar biasa rakyat. Peratus keluar mengundi meningkat walaupun ada sesetengah tempat mengundi menghadapi krisis pengurusan pilihanraya. Namun golongan wanita antara yang awal keluar mengundi.
Proses peralihan dari kerajaan
tentera yang sifatnya
sementara kepada kerajaan awam adalah hasrat rakyat yang telah melakukan revolusi tempohari. Namun adanya usaha melewat-lewatkan proses ini serta wujudnya anasir luar dan asing yang mahu menghuru harakan keadaan, melakukan demonstrasi tidak terkawal, membakar bangunan kerajaan, serta mewujudkan rasa tidak tenteram hubungan antara Islam dan Kristian dicetuskan oleh golongan yang mahukan kerajaan Tentera terus berkuasa atau mahukan kerajaan yang wujud selepas ini semaklin liberal dan condong kepada Barat.
Sekarang terpulanglah kepada rakyat
Mesir untuk menentukan
destinasi mereka. Semoga Islam yang sudah sekian lama mendarah daging dalam jantung umat dan pendekatan bijak Ikhwan sejak sekian lama serta perpaduan umat Islam di Mesir memungkinkan rakyat memilih kepimpinan dari kalangan mereka yang memperjuangkan Islam dan memungkinkan kemenangan besar parti-parti yang cenderung kepada Islam. Dari kajian yang dibuat 40% rakyat akan memilih Parti politik dari IM.
Akhirnya dakwah dan kebebasan untuk
menyebarkan fikrah Islam
itulah pra syarat kepada kemenangan Islam. Kuasa semata-mata tanpa ada dokongan masyarakat dan ummah tidak akan membawa kuasa itu kemana-mana. Serangan pemikiran dan perubahan yang di dokong kepentingan Barat akan terus berusaha melebarkan pengaruh mereka di kalangan generasi muda. Tanpa adanya ketahanan dan keteguhan iman generasi muda akan hanyut diganyang idea-idea Barat dan faham liberalisme serta libertarianisme yang menjadikan hak individu sebagai satu yang sacred dan suci tanpa adanya pengaruh agama di dalam masyarakat.
Semoga Allah SWT memberi taufik dan
inayah serta kejayaan
bagi umat Islam di Mesir mengharung hari-hari penentu yang akan menyerlahkan keamanan, kebebasan yang didasari agama Islam serta kebaikan ekonomi dan pendidikan bagi Rakyat Mesir. |
Wednesday, 30 November 2011
Amal semangat hijrah
Kalam Imam Muda...
Bukit itu menjadi tempat Rasulullah SAW menyembunyikan diri bersama Saidina Abu Bakar ketika menghadapi ancaman bunuh puak kafir Kuraisy.
Kemudian, lantaran keadaan pada waktu itu, turun wahyu daripada Allah melalui ayat 40 surah at-Taubah untuk menenangkan Saidina Abu Bakar yang bermaksud: “...Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama-sama kita...” Sepanjang tempoh persembunyian itu, bukit ini juga menjadi saksi pengorbanan Saidina Abu Bakar yang disengat binatang berbisa hanya kerana mahu melindungi Rasulullah.
Begitulah hebatnya ujian yang terpaksa ditempuh Rasulullah SAW dan sahabat demi memartabatkan Islam di muka bumi Allah ini.
Malah, sewaktu mendaki, saya berasa sangat bertuah kerana bersempena Maal Hijrah yang disambut hari ini, saya berkesempatan menziarahi antara tempat penting dalam peristiwa Hijrah Rasulullah.
Pelbagai definisi hijrah diberi mengikut idea masing- masing yang disesuaikan dengan peredaran zaman.
Ketika inilah kisah hijrah Rasulullah disingkap kembali dengan penuh semangat dan berkobar-kobar. Namun sangat malang, kerana selepas dua atau tiga hari, semangat ini hilang dan berlalu begitu saja.
Inilah realiti yang berlaku dalam dunia serba canggih hari ini. Semuanya disambut secara bermusim, tidak ubah seperti pepatah Melayu, ‘hangat-hangat tahi ayam’.
Tidak keterlaluan jika dikatakan sambutan ini lebih daripada sekadar adat. Namun, pada pandangan saya, lebih elok jika kita dapat menerapkan dalam diri kita semangat hijrah ketika menyambut Maal Hijrah supaya tidak luntur begitu saja.
Namun, tidak bermakna saya terlalu ‘sarkastik’ dalam sambutan Maal Hijrah kerana saya cuba mengetengahkan semangat hijrah Rasulullah SAW daripada sudut berbeza.
Jika dilihat maksud hijrah itu sendiri, secara literalnya merujuk kepada peristiwa perpindahan Nabi SAW dan kaum Muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah dalam usaha baginda meluaskan empayar dakwah Islam.
Tiada lagi hijrah selepas peristiwa ini, sesuai dengan hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: “Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah) tetapi yang ada hanya jihad dan niat. Maka apabila kamu dikerah untuk berjuang, segeralah menyahutnya.” Jika diteliti kepada bahagian pertama hadis di atas, jelas tiada lagi ‘hijrah’ bagi umat Islam selepas pembukaan kota Makkah.
Namun, Rasulullah memperluaskan maksud dan konsep hijrah pada bahagian kedua dengan menyatakan, niat dan kesediaan berjihad untuk Islam juga dianggap satu cabang hijrah.
Namun, malang bagi umat Islam hari ini yang dimomokkan oleh propaganda musuh Islam mengenai konsep jihad di dalam Islam. Jihad lebih digambarkan sebagai sesuatu perlakuan ganas oleh mereka yang digelar pengganas.
Lebih malang lagi, ramai di kalangan umat Islam hari ini ‘termakan’ dengan propaganda jahat ini, lantas menggambarkan betapa kejamnya agama Islam itu.
Namun, siapa patut dipersalahkan kerana sememangnya wujud kumpulan yang terlalu ekstrem. Mereka sebenarnya kurang faham mengenai kesyumulan (kesempurnaan) agama Islam dalam aspek kehidupan, lantas menjalankan kegiatan yang mengancam keselamatan orang lain.
Saya ingin membawa pembaca melihat maksud hijrah, jihad dan niat daripada kaca mata berbeza. Hijrah secara dasarnya membawa maksud lebih besar daripada sekadar ‘perpindahan’ kerana perkataan hijrah itu mempunyai maksud tersendiri.
Hijrah lebih menjurus kepada perkara membabitkan kebaikan. Justeru ini, mereka yang berubah kepada sesuatu yang lebih disukai Allah juga termasuk kategori hijrah.
Saya tertarik dengan perkembangan semasa industri hiburan tanah air apabila ramai artis wanita mula menjinakkan diri dengan mengenakan hijab (tudung) sebagai pakaian mereka.
Bagi saya, ia perkara sangat positif dan menggembirakan kerana mereka adalah ikon kepada remaja di negara kita. Cuma masalahnya, ada segelintir masyarakat kita yang selalu sinis dengan ‘hijrah’ yang dibawa oleh mereka.
Ada saja kesalahan dicari. Bermula dengan mempersoalkan keikhlasan ‘penghijrahan’ berkenaan hinggalah mempersoalkan gaya tudung mereka.
Islam itu mudah, tidak sekali-kali menyusahkan umatnya. Namun, bukan bermaksud kita boleh sesuka hati mempermudahkan segala-galanya.
Berilah mereka peluang dan biarkan mereka berubah perlahan-lahan. Jangan sekali-kali memberi persepsi bahawa Islam itu terlalu keras.
Kemahuan untuk berhijab itu sendiri adalah usaha mereka mencari hidayah Allah.
Penghijrahan mereka juga boleh dikategorikan sebagai ‘jihad kecil’ dengan mengambil kira faktor mereka melawan hawa nafsu. Bukan mudah untuk meninggalkan cara pemakaian yang sebati dengan jiwa mereka.
Apatah lagi kesediaan golongan ini untuk menghadapi pelbagai respons oleh masyarakat di luar. Rasulullah SAW bersabda melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, bermaksud: “Orang yang berjihad adalah orang yang melawan hawa nafsunya.” Kadangkala, apa yang kita anggap betul tidak semestinya benar.
Ia mungkin dapat dijelaskan melalui peristiwa di dalam hadis daripada Abdullah bin Mas’ud, di mana beliau berkata: “Aku mendengar seorang lelaki membaca 10 ayat al-Quran tetapi qiraat (bacaan) orang itu berbeza daripada qiraat yang pernah aku dengar daripada Rasulullah SAW.
“Lalu aku khabarkan hal itu kepada Rasulullah dan aku melihat kebencian pada wajah baginda dan baginda seraya bersabda: “Kedua- duanya adalah baik. Janganlah kalian berselisih.” (Riwayat Bukhari) Jika difahami maksud hadis di atas, perselisihan sebenarnya berlaku pada hal membabitkan qiraat (bacaan) dan bukan menyentuh hukum-hakam yang merubah struktur asal ayat al-Quran. Perbezaan lebih menjurus kepada penduduk di sesuatu tempat yang sukar merubah loghat mereka ketika membaca al-Quran.
Sama juga dengan situasi diceritakan di atas kerana isu utama yang dibicarakan lebih menyentuh kepada soal cara pemakaian hijab itu.
Namun secara peribadinya, saya juga tidak bersetuju jika fesyen dikenakan berlebih-lebihan sehingga merosakkan imej Islam, seperti mengenakan hijab dengan pakaian ketat. Maka, berpada-padalah ketika berfesyen.
Berbalik kepada hijrah, ia sebenarnya mempunyai terlalu banyak cabangnya untuk dikupas dengan lebih mendalam. Namun yang penting, ambillah semangat hijrah itu untuk dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian.
Sentiasalah berusaha mencari hidayah Allah. Barulah Allah membukakan jalan untuk kita ‘berhijrah’.
TANGGAL 17 November lalu, saya bersama beberapa rakan jemaah haji diizinkan Allah mendaki Jabal Thur di Kota Makkah.
Berdasarkan sejarah, bukit itu turut tersenarai sebagai kawasan penting dalam kalendar Hijrah umat Islam kerana di sini antara tempat bermulanya kisah hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Kota Madinah.
Bukit itu menjadi tempat Rasulullah SAW menyembunyikan diri bersama Saidina Abu Bakar ketika menghadapi ancaman bunuh puak kafir Kuraisy.
Keadaan pada waktu itu dikatakan sangat genting berikutan ancaman mereka sehingga terdetik perasaan gementar dan sedih di hati Saidina Abu Bakar.
Kemudian, lantaran keadaan pada waktu itu, turun wahyu daripada Allah melalui ayat 40 surah at-Taubah untuk menenangkan Saidina Abu Bakar yang bermaksud: “...Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama-sama kita...” Sepanjang tempoh persembunyian itu, bukit ini juga menjadi saksi pengorbanan Saidina Abu Bakar yang disengat binatang berbisa hanya kerana mahu melindungi Rasulullah.
Begitulah hebatnya ujian yang terpaksa ditempuh Rasulullah SAW dan sahabat demi memartabatkan Islam di muka bumi Allah ini.
Walaupun mendaki Jabal Thur tidak tersenarai sebagai ibadah khusus atau amalan sunat yang digalakkan, bagi mereka yang berkeupayaan, pengalaman itu sesuatu yang berharga.
Malah, sewaktu mendaki, saya berasa sangat bertuah kerana bersempena Maal Hijrah yang disambut hari ini, saya berkesempatan menziarahi antara tempat penting dalam peristiwa Hijrah Rasulullah.
Saban tahun, apabila bermulanya takwim baru dalam kalendar Islam, kita pasti dengar ramai orang sibuk bercerita mengenai hijrah.
Pelbagai definisi hijrah diberi mengikut idea masing- masing yang disesuaikan dengan peredaran zaman.
Ketika inilah kisah hijrah Rasulullah disingkap kembali dengan penuh semangat dan berkobar-kobar. Namun sangat malang, kerana selepas dua atau tiga hari, semangat ini hilang dan berlalu begitu saja.
Inilah realiti yang berlaku dalam dunia serba canggih hari ini. Semuanya disambut secara bermusim, tidak ubah seperti pepatah Melayu, ‘hangat-hangat tahi ayam’.
Tidak keterlaluan jika dikatakan sambutan ini lebih daripada sekadar adat. Namun, pada pandangan saya, lebih elok jika kita dapat menerapkan dalam diri kita semangat hijrah ketika menyambut Maal Hijrah supaya tidak luntur begitu saja.
Namun, tidak bermakna saya terlalu ‘sarkastik’ dalam sambutan Maal Hijrah kerana saya cuba mengetengahkan semangat hijrah Rasulullah SAW daripada sudut berbeza.
Jika dilihat maksud hijrah itu sendiri, secara literalnya merujuk kepada peristiwa perpindahan Nabi SAW dan kaum Muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah dalam usaha baginda meluaskan empayar dakwah Islam.
Tiada lagi hijrah selepas peristiwa ini, sesuai dengan hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: “Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah) tetapi yang ada hanya jihad dan niat. Maka apabila kamu dikerah untuk berjuang, segeralah menyahutnya.” Jika diteliti kepada bahagian pertama hadis di atas, jelas tiada lagi ‘hijrah’ bagi umat Islam selepas pembukaan kota Makkah.
Namun, Rasulullah memperluaskan maksud dan konsep hijrah pada bahagian kedua dengan menyatakan, niat dan kesediaan berjihad untuk Islam juga dianggap satu cabang hijrah.
Namun, malang bagi umat Islam hari ini yang dimomokkan oleh propaganda musuh Islam mengenai konsep jihad di dalam Islam. Jihad lebih digambarkan sebagai sesuatu perlakuan ganas oleh mereka yang digelar pengganas.
Lebih malang lagi, ramai di kalangan umat Islam hari ini ‘termakan’ dengan propaganda jahat ini, lantas menggambarkan betapa kejamnya agama Islam itu.
Namun, siapa patut dipersalahkan kerana sememangnya wujud kumpulan yang terlalu ekstrem. Mereka sebenarnya kurang faham mengenai kesyumulan (kesempurnaan) agama Islam dalam aspek kehidupan, lantas menjalankan kegiatan yang mengancam keselamatan orang lain.
Saya ingin membawa pembaca melihat maksud hijrah, jihad dan niat daripada kaca mata berbeza. Hijrah secara dasarnya membawa maksud lebih besar daripada sekadar ‘perpindahan’ kerana perkataan hijrah itu mempunyai maksud tersendiri.
Hijrah lebih menjurus kepada perkara membabitkan kebaikan. Justeru ini, mereka yang berubah kepada sesuatu yang lebih disukai Allah juga termasuk kategori hijrah.
Saya tertarik dengan perkembangan semasa industri hiburan tanah air apabila ramai artis wanita mula menjinakkan diri dengan mengenakan hijab (tudung) sebagai pakaian mereka.
Bagi saya, ia perkara sangat positif dan menggembirakan kerana mereka adalah ikon kepada remaja di negara kita. Cuma masalahnya, ada segelintir masyarakat kita yang selalu sinis dengan ‘hijrah’ yang dibawa oleh mereka.
Ada saja kesalahan dicari. Bermula dengan mempersoalkan keikhlasan ‘penghijrahan’ berkenaan hinggalah mempersoalkan gaya tudung mereka.
Islam itu mudah, tidak sekali-kali menyusahkan umatnya. Namun, bukan bermaksud kita boleh sesuka hati mempermudahkan segala-galanya.
Berilah mereka peluang dan biarkan mereka berubah perlahan-lahan. Jangan sekali-kali memberi persepsi bahawa Islam itu terlalu keras.
Kemahuan untuk berhijab itu sendiri adalah usaha mereka mencari hidayah Allah.
Penghijrahan mereka juga boleh dikategorikan sebagai ‘jihad kecil’ dengan mengambil kira faktor mereka melawan hawa nafsu. Bukan mudah untuk meninggalkan cara pemakaian yang sebati dengan jiwa mereka.
Apatah lagi kesediaan golongan ini untuk menghadapi pelbagai respons oleh masyarakat di luar. Rasulullah SAW bersabda melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, bermaksud: “Orang yang berjihad adalah orang yang melawan hawa nafsunya.” Kadangkala, apa yang kita anggap betul tidak semestinya benar.
Ia mungkin dapat dijelaskan melalui peristiwa di dalam hadis daripada Abdullah bin Mas’ud, di mana beliau berkata: “Aku mendengar seorang lelaki membaca 10 ayat al-Quran tetapi qiraat (bacaan) orang itu berbeza daripada qiraat yang pernah aku dengar daripada Rasulullah SAW.
“Lalu aku khabarkan hal itu kepada Rasulullah dan aku melihat kebencian pada wajah baginda dan baginda seraya bersabda: “Kedua- duanya adalah baik. Janganlah kalian berselisih.” (Riwayat Bukhari) Jika difahami maksud hadis di atas, perselisihan sebenarnya berlaku pada hal membabitkan qiraat (bacaan) dan bukan menyentuh hukum-hakam yang merubah struktur asal ayat al-Quran. Perbezaan lebih menjurus kepada penduduk di sesuatu tempat yang sukar merubah loghat mereka ketika membaca al-Quran.
Sama juga dengan situasi diceritakan di atas kerana isu utama yang dibicarakan lebih menyentuh kepada soal cara pemakaian hijab itu.
Namun secara peribadinya, saya juga tidak bersetuju jika fesyen dikenakan berlebih-lebihan sehingga merosakkan imej Islam, seperti mengenakan hijab dengan pakaian ketat. Maka, berpada-padalah ketika berfesyen.
Berbalik kepada hijrah, ia sebenarnya mempunyai terlalu banyak cabangnya untuk dikupas dengan lebih mendalam. Namun yang penting, ambillah semangat hijrah itu untuk dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian.
Sentiasalah berusaha mencari hidayah Allah. Barulah Allah membukakan jalan untuk kita ‘berhijrah’.
Tuesday, 29 November 2011
Bank UAE mahu buka cawangan
2011/11/29
Noor Islamic Bank PJSC minat jadikan Malaysia pusat utama perniagaan
NOOR Islamic Bank PJSC, penyedia perkhidmatan perbankan Islam penuh dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) berminat untuk beroperasi di Malaysia jika berpeluang memulakan rundingan bagi tujuan itu dengan beberapa pihak berkaitan di negara ini.
Bank beribu pejabat di Dubai itu berminat menjadikan Malaysia sebagai pusat utama yang menghubungkan perniagaan kumpulan itu dari rantau Asia Barat ke Asia Pasifik.
Ketua Eksekutif Noor Islamic Bank dan Ketua Eksekutif Kumpulan Noor Investment, Hussain Al Qemzi, berkata penubuhan operasi di rantau ini adalah antara agenda kumpulan dalam usaha menyokong dan mengekalkan hubungan perdagangan antara Asia Barat dan Asia Pasifik.
“Malaysia adalah satu pasaran yang sangat menarik kepada kami, khususnya dalam sektor sukuk. Terdapat banyak projek yang sedang dan bakal dilaksanakan di negara ini serta negara serantau yang menjadikannya satu perkembangan menarik kepada pelabur dan penyedia kemudahan kewangan seperti kami," katanya dalam satu temubual dengan Berita Harian di luar Sidang Puncak Pengetahuan Kewangan Islam 2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ditubuhkan pada 2008, Noor Islamic Bank adalah kumpulan perbankan Islam penuh yang menawarkan liputan luas produk kepada pelanggan, dengan penekanan kepada perkhidmatan yang unik serta direka bentuk khas untuk keperluan tertentu.
Meskipun ditubuhkan ketika krisis kewangan global sedang memuncak, kumpulan perbankan itu mampu meraih pulangan modal setahun lebih awal daripada sasaran berikutan strategi perniagaannya yang mengkhususkan kepada keperluan pelanggan.
Al Qemzi berkata, dari segi persekitaran ekonomi, Malaysia dijangka menjadi antara negara di rantau ini yang paling kurang terdedah kepada ancaman kelembapan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan zon euro.
Ia katanya, berikutan langkah kerajaan menyiapkan beberapa inisiatif bagi membendung situasi itu, khususnya dengan memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
“Ini menambah lagi daya tarikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa dan kumpulan memandang tinggi kedudukan negara ini dalam sektor berkenaan,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, industri kewangan global perlu mengambil tanggungjawab memacu sektor perbankan Islam jika mahu menjadikannya alternatif kepada perbankan konvensional.
“Kami dapati sektor kewangan Islam bergerak agak perlahan kebelakangan ini. Dalam persekitaran semasa yang membelenggu AS dan zon euro, ini adalah masa yang tepat kepada peserta perbankan Islam bangkit semula menjana industri ini,” katanya.
Berikutan itu, katanya peserta perbankan Islam tidak perlu hanya bergantung kepada inisiatif pengawal atur dan pihak berkuasa semata-mata.
“Saya tidak mengatakan pihak berkuasa menyekat perkembangan industri ini. Sekatan itu sebenarnya datang dari peserta sektor ini sendiri,” katanya yang berpengalaman luas selama 26 tahun berkhidmat dengan institusi kewangan utama rantau Asia Barat,” katanya.
Israel hadapi 150,000 peluru berpandu
2011/11/29
TEHRAN: Israel akan diserang dengan 150,000 peluru berpandu jika ia melancarkan sebarang tindakan ketenteraan terhadap Iran, kata Menteri Pertahanannya, Jeneral Ahmad Vahidi.Menteri berkenaan memberitahu bahawa sukarelawan tentera Israel perlu dihukum terhadap apa yang mereka lakukan kepada penduduk Islam di Palestin, lapor Iran Independent News Service semalam.
Bercakap kepada 50,000 sukarelawan tentera di Bushehr, menteri terbabit berkata bahawa Iran bukanlah Iraq ataupun Afghanistan.
“Jika Amerika Syarikat melancarkan serangan dan menyerang Iran, kita akan tunjukkan kepada mereka bagaimana untuk berlawan, sambil menambah Israel perlu dihukum terhadap apa yang dilakukan kepada penduduk Palestin dan Lubnan,” katanya.
Vahidi tidak menyatakan secara spesifik sama ada peluru berpandu itu akan dilancarkan dari Iran atau lokasi lain.
Pada Sabtu lalu, seorang komander kanan Pengawal Revolusi Iran berkata bahawa negara itu akan mensasarkan perisai pertahanan peluru berpandu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Turki jika Amerika atau Israel menyerang Republik Islam berkenaan.
Jeneral Amir Ali Hajizadeh, ketua bahagian aeroangkasa pasukan pertahanan Iran dipetik agensi berita separa rasmi Mehr memberi amaran bahawa persiapan yang dilakukan oleh Tehran adalah sebahagian strategi untuk menghadapi ancaman Amerika dan Israel.
Menteri Pertahanan Iran berkenaan juga memberi amaran mengenai serangan balas oleh Amerika tetapi tindakan itu perlu melepasi pertahanan ampuh Iran.
“Amerika dan sekutunya perlu tahu bahawa Iran terlalu kuat dan berusaha akan mengajar Amerika bagaimana untuk berperang dan apa maknanya untuk berperang dan menjadi wira,” kata Vahidi kepada sekumpulan sukarelawan itu di Bushehr, sebuah bandaraya menempatkan loji kuasa nuklearnya.
Iran bertegas bahawa program nuklear negara itu adalah untuk tujuan keamanan tetapi laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pula menyatakan bahawa Tehran berterusan membangunkan teknologi senjata nuklear.
Sejak laporan itu disiarkan, negara Barat mendesak masyarakat antarabangsa mengenakan tekanan terhadap rejim Tehran untuk menangguhkan program nuklear terbabit.
Amerika, Britain dan Kanada mengenakan sekatan terhadap sektor kewangan dan tenaga Iran, memaksa Tehran mengusir duta Britain. Perancis dan Belanda juga menggesa tindakan sama terhadap republik Islam itu. – Agensi
Harakah dibaca dua juta setiap bulan
KUALA LUMPUR: Pengaruh lidah rasmi Harakah begitu besar sehingga
mencecah hampir dua juta pembaca pada setiap bulan dan ini menjadikan
akhbar bercetak ini bertahan begitu lama berbanding dengan akhbar tabloid
yang lain di negara ini, kata Pengarang Berita Harakah, Tarmizi Mohd Jam.
Katanya, Mac tahun depan, Harakah akan menyambut Jubli Perak 25 tahun
dan dalam tempoh itu pelbagai pahit maung diharungi, namun,
atas kegigihan pucuk pimpinan ia muncul sebagai akhbar alternatif
yang sentiasa mengancam pengaruh Umno-BN.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan
Kursus Kewartawanan & Pemberitaan Berintegriti peringkat PAS Wilayah Persekutuan,
Ahad 13 Nov lalu di Pejabat Agung PAS, dekat sini.
Turut menyampaikan syarahan media,
Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman.
Terdahulu, ketika merasmikan kursus berkenaan,
Ketua Penerangan PAS Wilayah, Nasaei Ismail berkata,
peranan media cukup penting dalam menyampaikan maklumat
dan membentuk persepsi masyarakat.
“Dengan adanya kursus bersama Harakah ini,
diharapkan lebih ramai ahli PAS berperana sebagai pelapor
bukan sahaja kepada Harakah tetapi kepada media baru termasuk
facebook, website dan blog masing-maisng,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Lutfi dalam syarahannya
“Kepentingan Media Hadapi PRU13” menyifatkan bukan soal keterbatasan
penyampaian maklumat kepada sasaran tetapi
bagaimana maklumat itu dibentuk dan dibina agar upaya mencetuskan persepsi dalam
masyarakat terhadap sesuatu isu.
“Hari ini, sesiapa boleh dapatkan maklumat dalam internet.
Tetapi peranan pemberita atau wartawan yang jadi penulis,
lebih memainkan peranan dalam membina persepsi
masyarakat berdasarkan maklumat itu,” tegas beliau.
Kursus setengah hari itu antara langkah Harakah untuk merancakkan lagi
penyebaran maklumat secara tepat dan berintegriti melalui pelbagai medium,
bukan Harakah semata-mata.
Pada majlis itu, Tarmizi mengumumkan satu muka surat Harakah
diberi keutamaan untuk berita-berita PAS Wilayah sebagai menangani isu
ketiadaan liputan terhadap kegiatan dan kenyataan pimpinan PAS Wilayah.
Saturday, 26 November 2011
Kunjungi beramai-ramai
Pameran Pedang Nabi Muhammad SAW...
Assalamualaikum. Dijemput mengunjungi Pameran Pedang Nabi Muhammad SAW, Khazanah Tamadun Islam dan Koleksi Seni Silat Pusaka Gayong yang akan diadakan pada 5-19 Disember bertempat di Dewan Sri Zaleha, NAZA , Gurun, Kedah. Infak masuk RM10 utk dewasa dan RM5 utk kanak2.
Pameran ini bertujuan memupuk rasa kecintaan yang tinggi kepada Jujungan Besar Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT yang bermadsud: "Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah." (Al-Ahzab [33]:21).
Semoga pameran ini menjadi iktibar kepada seluruh umat terhadap perjuangan menegakkan Islam di jalan yang diredai Allah SWT.
Thursday, 24 November 2011
PEMERINTAH PENIPU RAKYAT , SYURGA TAK LEKAT !
Nasihat Imam Auzai’ kepada Khalifah Abu Jaafar Al Mansur:
Wahai Amirul Mukminin, Rasulullah bersabda:
"Sesiapa sahaja di kalangan pemerintah, apabila mati dalam keadaan menipu rakyatnya, nescaya diharamkan syurga untuknya".
Wahai Amirul Mukminin! sesiapa yang benci kepada kebenaran, sesungguhnya ia benci kepada Allah. Kerana sesungguhnya Allah itu benar lagi membenarkan. Hendaklah Tuanku tegakkan kebenaran dan keadilan ke atas rakyat. Tutuplah aurat (keaipan) mereka. Janganlah dikunci pintu rumah Tuanku, atau mengadakan hijab (penghalang) di antara Tuanku dengan mereka. Hendaklah Tuanku bergembira dengan nikmat yang mereka terima, tetapi bersimpati dengan musibah yang menimpa mereka.
Wahai Amirul Mukminin! Urwah bin Ruwain berkata: "Pernah Rasulullah memiliki pelepah kurma yang digunakan untuk bersugi hingga menakutkan kaum munafik. Kemudian turunlah Jibrail bertanya: Hai Muhammad! Apakah pelepah kurma ini engkau gunakan untuk menghancurkan atau menakutkan hati umatmu?"
Wahai Amirul Mukminin! Relakanlah dirimu dengan dirimu! Dan carilah keamanan daripada Tuhanmu! Gemarlah kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ingatlah sabda Rasulullah:
"Sesungguhnya panah yang dimiliki oleh ahli syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya."
Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya jika sesebuah kerajaan yang sebelummu itu kekal, nescaya ia tidak akan sampai kepadamu. Begitu jugalah, ia tidak akan kekal di tanganmu atau sesiapa sahaja.
Wahai Amirul Mukminin! Ingatlah kata-kata Umar Al Khattab: ‘Jika mati anak kambing di tepi sungai Furat (Iraq), nescaya aku takut akan dipertangungiawabkan mengenainya di akhirat kelak!"
Maka bagaimana pula halnya dengan rakyatmu yang tidak beroleh keadilan daripadamu sedangkan ia sangat hampir denganmu?"
Peringatan seperti ini sebenarnya hanya berani disuarakan oleh ulama yang mempunyai kekuatan jiwa yang luar biasa dan bekerja kerana Allah. Dalam suratnya kepada khalifah itu, Imam Auzai’ menyambung:
Wahai Amirul Mukminin! Allah telah berfirman:
"Hai Daud! Sesungguhnya Kami jadikan engkau khalifah di muka bumi. Sebab itu putuskanlah sesuatu perkara di antara rakyatmu dengan kebenaran. Janganlah engkau turuti kemahuan nafsumu, nanti engkau akan disesatkan dari jalan Allah’: Shad: 26
Wahai Amirul Mukminin! Rasulullah bersabda:
"Setiap pemerintah akan dibawa pada hari kiamat dengan tangannya dirantaikan ke leher. Ia hanya dapat dibuka oleh keadilannya. Ia diberhentikan di atas titian sirat di atas neraka yang akan bergerak dengan suatu gerakan yang akan menghilangkan seluruh anggota daripada badan. Kemudian ia dikembalikan. Lalu hitung amalannya. Kalau ia dahulu berbuat baik, nescaya ia lepas dengan kebaikannya. Kalau ia dahulu berbuat jahat, nescaya pecahlah titian itu, lalu ia terhumban ke dalam neraka tujuh puluh kharif (jarak masa setahun)."
Wahai Amirul Mukminin! Umar r.a. berkata:" Amir (pemerintah) itu ada empat jenis:
Amir yang kuat; yang dapat mengawal diri dan pegawai-pegawainya. la seperti mujahid (orang yang berjihad). Tangan (kekuasaan) Allah dan rahmatNya terhampar ke atasnya.
Amir yang lemah; yang dapat mengawal dirinya sendiri sahaja dan tidak pegawai-pegawainya. la dalam keadaan yang membahayakan sebagaimana sabda Rasulullah: "Pengembala yang terjahat itu bahaya yang menghancurkan. Dia itu binasa sendiri. "
Dan Amir yang membiarkan dirinya dan pegawai pegawainya menurut hawa nafsunya. Mereka kesemuanya akan binasa."
Wahai Amirul Mukminin! Umar Al-Khattab telah berdoa:
"Wahai Tuhanku. Sekiranya menurut ilmu-Mu, aku akan terpengaruh, apabila dua rakyatku dihadapkan kepadaku, kepada yang miring daripada kebenaran, baik yang dekat atau jauh, maka janganlah Engkau biarkan aku walaupun sekelip mata".
Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya yang paling berat ialah berdiri tegak untuk menegakkan kebenaran kerana Allah. Yang paling mulia di sisi Allah ialah taqwa. Sesiapa yang mencari kemuliaan dengan mentaati Allah, nescaya ia akan diangkat dan dimuliakan oleh Allah. Sesiapa yang mencari kemuliaan dengan membuat maksiat kepada Allah, nescaya ia dihina dan direndahkan oleh Allah.

Subscribe to:
Comments (Atom)